Mungkin bukan untuk kami.
Liked 1. Kolam untuk anak2 mandi. 2. Effort tuan rumah membeli peti sejuk baru.
Disliked Jujurnya, kami tak bermalam pun di rumah ni selepas beberapa perkara diambil kira ; 1. Takde bilik di tingkat bawah. Kami travel dengan 2 warga emas yg ade masalah pergerakan yg terhad. Jadi, bila takde bilik di bawah, memang tak selesa untuk mereka. 2. Diorang tak boleh tido di bawah juga sebab takde aircond. 3. Bilik mandi di bawah juga menggunakan tandas cangkung. 4. Mereka cuba naik ke atas, tapi tangga agak curam dan tinggi, sehinggakan bila mereka turun semula, lutut mereka bengkak dan tidak dapat berjalan dengan elok sehingga keesokan harinya. 5. Pagar tangga juga bergoyang. Bahaya untuk semua terutamanya warga emas dan kanak2. 6. Gambar2 tuan rumah ade digantung di dinding. 7. Adik tuan rumah duduk sebelah dinding je. Tak selesa. 8. Rumah design cantik tapi takde pintu pagar. 9. Kawasan belakang rumah semak samun. Kalau berada di situ waktu malam, memang saya takkan berani pergi ke tingkap dapur. Takde langsir dan gelap kot suasana luar tu kalau malam. 10. Cawan2 yg disediakan bercampur aduk dan agak lama.