Penginapan yang selesa, rumah luas dan layanan tuan rumah terbaik. Recommended!
Liked Kami sekeluarga sangat menikmati penginapan di sini. Rumah sangat luas, selesa dan sesuai untuk keluarga. Tuan rumah juga sangat baik dan membantu — setiap kali kami telefon, memang sentiasa dijawab walaupun pada waktu yang berbeza. WiFi juga laju dan memuaskan. Pinggan mangkuk semua boleh guna. Kitchen function very well untuk kami sekeluarga. Kolam renang depan rumah tu mmg best! Terbaik sangat. Overall, kami sangat berpuas hati dengan layanan dan penginapan ini. Kami datang dengan 7 kereta. Dekat sini boleh parking 4 kereta, tuan rumah kata jangan parking dekat parking rumah jiran so kami parking dekat lorong. Harap dapat membantu future customer.
Disliked Sebelum menginap, kami ada terbaca komen mengenai tekanan air dan memang air agak perlahan. Katil juga agak keras bagi kami. Harap pihak homestay dapat menambah baik tekanan air dan keselesaan katil pada masa akan datang. Namun, perkara ini tidak menjejaskan pengalaman kami secara keseluruhan.